Kayangan.


0

Ya!

Harini hari kekasih. Hari yang sepatutnya aku, dia, kita tak sambut. TIDAK!

Tapi masih ramai lagi yang menyambutnya. Lebih ramai lagi la insan-insan kecil yang dapat melihat dunia secara tidak sengaja. Kasihan mereka. Tanpa sempat mengenal dunia sudah pergi mengadap Ilahi. Alhamdulillah! Syukur..mereka ditempatkan di syurga. Aman. Tenang. Berseri.

Aku menulis selepas mendengar berita mengenai bayi yang sudah dibakar separuh badan tanpa mengetahui lelaki atau perempuan. Apa salah dia. Dia bukan mainan untuk dibuang. Dia anak dari kayangan. Dia anak yang dilindungi malaikat. Kenapa diperlakukan sebegitu. Aku sedih melihat gambar-gambar yang ditayangkan tadi. Hangus. Hanya muka kecil sahaja yang bersih. Kenapa tidak diberikan sahaja anak itu ke keluarga yang memerlukan? Kenapa tidak diberikan dan ditempatkan di rumah yang layak dihuni? Kenapa? Erm.. aku berdoa semoga perlaku mendapat balasan. Amin.

Aku masih teringat akan berita itu. Oh! Tenang la kau di situ.

0 Response to "Kayangan."

Post a Comment