Kuasa.


0

Fuhh! lama gila aku tak meng-update ruangan kata-kata nih. Oh, hai kekasih, sihat kah tanpa coretan hatiku? Rindukan tusukan 10 jari di butang mu? Apakah yang berlaku semasa ketiadaan aku di sisimu? Ya, aku harap kau bahagia dengan kesunyian.

Hah! Ada ada cerita aku nk simpan..mengenai kehidupan kan?? Aku rindukan zaman dulu. Boleh tak doremon datang sekarang. Pinjam kan aku poket separuh bulat kau. Sila la datang~

Aku nak cari ilham berkarya semua. Ber-eksperimentasi dengan lensa bergerak fast--foward--stop--pause--play. Tapi tiada aral! Tiada durja! Mungkin sudah masa aku membelah minda mencari punca kerakusan manusia sekarang.

Kenapa agaknya kita asyik tidak berpuas hati? Semua mesti ada tak kena..ada kekurangan. Kekurangan tu dah terang-terang menunjukkan kebodohan sendiri. Kealpaan kat diri sendiri. Macam diri aku. Macam diri kau. Macam diri dia. Hanya bernafas dalam debu.

Aku akan berkarya. Di sini.

0 Response to "Kuasa."

Post a Comment