Munafik Hati.


0


Tanpa salam.
Pintas kata.

Tanah tak terasa dipijak. Pandangan mata gelap. Hati mengeras beku. Bersarang selaput otak dengan huraian tak terhurai. Itulah yang terjadi ketika ego dan amarah menguasai hati aku sekarang. Takda peluang. Labuh ruang untuk rasa cinta dan kasih sayang. Maaf. Senjata aku cuma makian keluar dari mulut tanpa henti.

Mana pergi hati nurani aku?
Mana pergi emosi dan ego aku?

Jangan risau. Ia hanya sesaat saja.

Aku dilahirkan dengan dua mata kerana kita perlu pandang semuanya ke masa depan. Bukan ke belakang.

Aku dilahirkan dengan telinga kiri dan kanan supaya aku dapat mendengar pujian dan hinaan. Benar atau salah. Kumpulkan ia menjadi pahala.

Aku dilahirkan dengan otak dalam tengkorak. Siapa peduli kau miskin atau kaya? Aku tetap kaya. Aku kaya dan yakin takda sorang pon akan mencuri otak aku, fikiran aku dan idea aku kerana ia sangat berharga dari emas!

Tapi, aku diberi satu mulut sebagai senjata. Senjata tajam kedua selepas mata pen. Menyakitkan. Menggoda. Membunuh. Bicara sedikit tapi dengar dengan jelas tutur katanya.

Syukur atas pemberian melahirkan aku hanya dengan satu hati. Hati paling dalam. Penghargaan terindah.


Nota: Terima kasih daun keladi, saya minta diri pergi jauh dari kamu.

0 Response to "Munafik Hati."

Post a Comment